SRJK (C) Pea Wha telah diwujudkan pada tahun 1935 memandangkan pada ketika itu bangunan sekolah belum dapat dibina, maka rumah Encik Siau Chong dipinjam untuk digunakan sebagai kelas sementara. Segala urusan perbelanjaan pada masa itu adalah ditanggung oleh AJK sekolah. Pada mulanya sekolah ini ditadbir oleh seorang guru besar, iaitu Encik Lee Tek Kong dan dibantu oleh beberapa orang guru biasa. Beliau juga merupakan guru besar yang pertama di sekolah ini.
Memandangkan pada masa itu5 perkembangan murid semakin bertambah maka dalam tahun lima puluhan AJK sekolah telah dapat mendirikan sebuah sekolah papan yang bertempat di Batu 11 Jalan Labuk. Kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil dan penoreh getah yang tinggal di kawasan sekitar yang berhampiran dengan sekolah ini.
Akhirnya, oleh kerana bilangan murid makin bertambah dan menyebabkan bilik-bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid yang bertambah itu. Oleh itu, AJK sekolah telah sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, mereka telah berjaya memohon sebidang tanah seluas lima ekar yang terletak di Batu 12 Jalan Labuk. Pada tahun 1967, dengan bantuan kerajaan, sebuah bangunan baru yang bertingkat dua telah didirikan. Baagunan sekolah ini telah digunakan sehingga sekarang dan ditadbir oleh seorang guru besar, Encik Leong Kee Chean dan seorang Penolong kanan serta 11 orang guru biasa.
Pada tahun 1975, 6 buah bilik darjah telah ditambahkan memandangkan
bilangan murid yang makin bertambah, Kemudian pada tahun 1992, 3 buah bilik darjah terpaksa dirobohkan dengan tujuan membina sebuah dewan sekolah, bangunan sekolah yang besar untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya. Dewan ini telah berjaya dibina pada tahun 1993.
LENCANA SEKOLAH
Bentuk : Bulat - kesempurnaan dari segi intelek dan rohani.
Putih : Kebersihan fikiran.
Biru : Keharmonian.
Kuning : Warna Diraja.
Huruf “PW” : Nama Sekolah Pea Wha
BENDERA SEKOLAH
Biru - Perpaduan dan kerjasama.
Kuning - Disiplin.
Putih - Kejujuran dan kesucian mental.
Senarai Nama Guru Besar 培华小学创立以来就任校长
第一任校长 李德光先生
第二任校长 赖沛霖先生
第三任校长 陈荣先生
第四任校长 张思群先生
第五任校长 李启迪先生
第六任校长 彭永俊先生
第七任校长 贾玉莹女士
第八任校长 梁居振先生
第九任校长 刘迹辉先生
第十任校长 凌玉宏先生
现任校长 余春梅女士
现任校长 余春梅女士